Dengan nama Allah aku mulakan penulisan ini,
ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAH SIAPA?
(whose fault is it?)
buat kawan kawan seagamaku,
buat wanita islam di luar sana.tak perlu yang jauh,cukup aku nak bertanya pada anda anda semua gadis islam yang di malaysia saja,
salah siapa kalau non muslim sentuh kita?
salah siapa kalau non muslim pandang enteng pada agama kita?
salah siapa kalau merka di luar sana tidak hormat pada agama kita?
and what do you feel if someone dont even respect you as a girl? (bagi aku,sentuh tanpa izin is such a disrespectfull thing,ok!)
and balik pada soalan asas,salah siapa semua itu?
salah orang kafir ke yang memburuk-burukkan agama kita atau salah kita sendiri,orang islam ni?
if u ask me,i personally will put the blame on us.
dan ia memang salah kita,gadis-gadis islam ni yang tidak pandai nak jaga agama kita sendiri.
...............................................................
dekat lab,aku rasa nak marah sebab ada seorang senior lab ni which is non muslim,and of course a guy,dengan selamba je sentuh aku (dekat bahu)
dia bukanlah sentuh yang nak menggatal tu,dia sentuh sebab nak panggil.and even ada lapik kain pon,aku still tak suka sebab aku rasa itu biadap and macam dia lansung tak hormat batas batas islam.
first time tu ak terkejut and rasa nak marah.ok takpe lah igt dia tak sengaja kot.tapi setiap kali nak panggil setiap tu lah akan knock bahu aku,even just using his one finger.
ok,ak sampai termenung pandang dia,nak marah aku rasa over no pulak.nak cakap elok elok pon macam tak tercakap je.
dalam termenung menung tu,ak pon perhati je lah all my senior lab.dorang dok borak borak,gurau senda dan bertepuk tampo.
BERTEPUK TAMPO. perempuan dan lelaki. baik yang bertudung pon.
ok i get it now.
...................................................................
dari sikap kita,seorang islam ni lah yang menjadi contoh pada org sekeliling esp non muslim.
bila kita anggap ikhtilat atau batas tu satu benda yang remeh,maka apalgi dorang yang memang tak tahu apa apa.
bila bagi kita setakat bertepuk tampo tu bukan satu kesalahan,apalagi dorang.
so apa yang aku nak sampaikan ialah,
jangan sebab kita sekumpulan yang buat kesalahan,orang lain pun kena.
jangan sebab sikap kita yang tidak menjaga agama,orang lain juga yang tereffect.
anak muda,
yang islam,yang bertudung sekarang,couple couple tu biasa.pegang pegang pon biasa.berjalan dok peluk pinggang pon biasa.
non muslim tak tahu yang agama kita larang semua benda tu
they only know what they see.
kita berpegang pegang bukan mahram,dorang ingat benda tu takpe dalam islam.maka dengan selamba jugak dorang akan sentuh sentuh kita.yelah,dorang fikir,'eh,takpekan?tadi ok je dia pukul i'
adil ke nak salah kan mereka seratus peratus?
awak-awak semua,
janganlah macam tu.takkan sebab kita tunjuk contoh yang tak baik,sampai nak effect pada muslim yang lain.
yang lagi besar nya,
dosa yang kita tanggung nanti.
fikirlah,
andai kata islam ni dipandang serong sebab perlakuan kita,even tanpa kita sedar,itu juga satu dosa,kawan.
dalam case ni,
aku lansung tak terniat or whatsoever pon nak cakap aku ni baik lah,ak ni jaga ikhtilat lah,ak ni lah contoh terbaik atau apa,
lansung tak.
ak tau dan ak sedo aku pon kadang terlalai dan terleka,kadang kadang bila rancak borak dgn kawan laki,
ye,aku pon pernah terlalai sometimes adn sebab tu buat aku terpikir,yang semua ni pon balik balik atas diri kita sendiri jugak.
apa pun yang kita buat,dekat mana pun kita berada,apa yang pasti kita kena selalu ingat,yang kita ni bawa imej islam.ye,islam itu ada dalam diri kita.nak tak nak,kita kena sedo and try our best utk kekalkan imej suci islam tu,insyaAllah
btw,apa yang aku cakap ni semua adalah peringatan utk diri sendiri.andai kata ada bagi kesan pada sesiapa yang terbaca,maka alhamdulilah dan insyaAllah,sama sama kita perbaiki diri.