(dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
ASSALAMUALAIKUM wbt =)
hai semua,buat sesiapa yang terbaca.
hello buat pembaca international (haha kot lah macam ada kan)
hari ni gua mau cerita pasal life gua sikit la (current issue).
haha
hmmm sedar tak sedar aku ni dah nak habis diploma dah pun we.
buat sesiapa yang tak pernah terbaca entry aku dulu-dulu (tak payah cari,aku delete dah pon)
hah,
aku ni DIPLOMA student of MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGY.
hah,capslock kau aku bagi.nampak tak bertapa bangga nya aku dengan diploma MLT ni?haha
ce tanya aku apasalnya aku ni tetiba nak tulis pasal entry ni. (buat sesiapa nak tahu lah,time aku tulis entry ni takda tajuk pon lagi.oh ok.so? )
ok,
tujuan aku tulis ni sesaja lah.haha.
ok aku tau tak lawak.
taklah,sebabnya in shaa Allah dalam sebulan je lagi ni aku akan end up my diploma program.hah!
pass ke tak tu wallahualam.
woi,harap harap pass la aek.
kau gila dah penat 3 tahun,tak alih-alih dah hujung ni nak sangkut. hmmm. nauzubilah
hei,
even kami ni diploma je still,penat belajar tu ada k. orang belajar untuk UPSR pon penat.
...............................................................................................
jadi,sepanjang aku belajar MLT ni, yakni hampir 3 tahun, banyak lah jugak benda benda baru tentang kehidupan aku belajar.
dalam sakit hati,menyampah,benci dengan orang, akan ada ALLAH hantar pengubat nya.
dalam sepahit pahitnya menahan geram,menahan marah, akan ada ALLAH beri kemanisannya pulak.
serius.
................................................................................................
we supposed to grad with a job offered after that.
erm tu lah,tapi kita merancang ALLAH yang menentukan semuanya kan.
two weeks before final ni,
haritu ada perjumpaan dengan pihak HR (human resources) katanya after exam ni akan ada interview (and i was like,ya Allah,again?) untuk memilih yang bakal dapat peluang pekerjaan tu.
maknanya bukan semua yang akan dapat kerja. ONLY A FEW. a few tu mungkin 2 orang mungkin 5 orang atau mungkin sorang. wallahualam..
ya Rabbi,time tu masing masing dah tak senang duduk dah.
yelah,mau nya tak mengelupoq kitaorang ni, 3 tahun yang lepas janji lain,ni tak alih alih lain pulak ceritanya.
bila dah beberapa hari dok pk pasal ni kan,sebenanarnye nak meroyan sangat pon macam tak tergamak je.haha
ye lah sebabnya aku ni dah terlalu diberi banyak kesenangan berbanding yang oang lain.
kan ALLAH kata,dalam setiap kesusahan tu akan ada kesenangannya.
jadi,bila dah di post-mortum balik pada permasalahan tiada kerja seperti yang dijanjikan ini,aku dok bincang ,mengumpat, menyalahkan itu ini (kebanyakannya kerajaan.haha) dengan kengkawan,ada hikmah semua ni.malah,terlalu banyak kebaikan yang Allah bagi kami berbanding kesusahan.
antara yang paling masuk akal sekali
- kami dapat Diploma ni secara percuma je belajar. totally free. dari sini aku dah patut terlalu bersyukur krn tak involve dgn mana mana pinjaman kan
- mungkin ni juga peluang kitaorang nak further study. kalau kerja terus tu,belum tentu dapat sambung.
- kawan aku kata selama ni ALLAh dah bagi banyak sangat senang,sekarang mungkin ALLAH nak ajar susah sikit
hmmm
kan? apa yang kan?
kan lah.memanglah semua yang tersirat ni ALLAH je yang tahu kan =)
makanya,rasa macam tak perlulah kan nak rasa sedih no tu.
kalau students lain baca ni mesti bengang kan yang macam
'hekeleh je dak dak dip ppum ni.kokyenya memang lepas grad kena pandai pandai lah cari kerja sendiri.semua orang macam tu.dah kira untung lah tu study free je semua.alaun pon dapat tiap bulan'
hmm.hakikatnya memang patut rasa nyirap pon.betul lah semua tu.
apa yang aku macam rasa terkilan ni apa je, takdelah cuba bayang korang hidup hampir 3 tahun dengan mindset yang korang tahu akan dapat kerja tak payah susah susah,tak masal masal sekarang tak. just macam terkejut lah kan. yelah dah biasa senang,susah sikit kemain mengadanya kan.
................................................................................................
so macam apa yang aku dok fikir sekarang ni, patut aku usaha untuk interview tu atau tak?
jujurnya aku tak tahu mana yang aku nak.
dapat kerja atau tak.
khilafnya manusia ni,apa yang diri nak pun tak tahu. jujurnya aku tak tahu mana yang baik utk aku wheter dapat kerja ni atau tak.
and aku tak tahu nak doa macam mana.
aku tak doa pon supaya ALLAH dapatkan aku kerja ni,bukanlah maksud aku angkuh takmau buta buta ALLAH tolong dapatkan kerja, tapi apa yang aku mampu doa kust supaya ALLAH berikan yang terbaik untuk aku. allahu,sungguh Kau lah yang Maha tahu ya Allah
cuma aku harap,kawan kawan yang lebih memerlukan kerja ni harap dorang dapatlah.kawan aku ada 2 orang anak yatim.mungkin dorang lagi perlukan cepat kerja ni.Ada yang malam tu menangis nangis sebab kata mak ayah mengharap.
hmmm
.............................................................................................
taulah nak kata apa.
just hoping the best for u,me and us.
amiin
No comments:
Post a Comment